PENDUDUK di negara ini perlu peka terhadap persekitaran terutama dalam menjaga kebersihan sungai agar ia tidak tercemar sehingga berlakunya gangguan bekalan air bersih kepada pengguna. Masalah air terutama di Selangor bagaikan ‘acara bulanan’ apabila ada pihak tidak bertanggungjawab melepaskan sisa terlarang ke dalam sungai menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) digantung operasi sekaligus menjejaskan banyak pihak.