PETALING JAYA: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menafikan dirinya menyalahgunakan kuasa sebagai seorang menteri sehingga menimbulkan insiden Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini. King Sing berkata, beliau tidak mempunyai kuasa untuk melepaskan pelancong asing yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan sekiranya dirinya bertindak demikian sekalipun hanya