SHAH ALAM: Kerajaan negeri mengumumkan cuti tambahan pada 30 Jun (Jumaat) ini sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 29 Jun (Khamis). Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim dalam satu kenyataan memaklumkan, pentadbiran Selangor bersetuju untuk memberikan kemudahan cuti tambahan selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951. “Kemudahan cuti tambahan ini adalah khusus kepada semua